Pages

Friday 9 February 2018

download kitab al-Jami` Li Syu`abul Iman

download kitab al-Jami` Li Syu`abul Iman

Kitab Syuabul Iman atau judul asalnya ialah “al-Jami` Li Syu`abul Iman” ialah kitab yang sangat penting di dalam mengumpulkan rangkaian-rangkaian sanad dan jalan-jalan periwayatan hadis.
kitab ini di susu oleh seorang ulama' yang di kenal dengan sebutan imam baihaqi Nama beliau ialah Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa al-Baihaqi an-Naisaburi al-Khusraujirdi dengan gelar Al-Imam al-Hafiz al-`Allamah al-Muhaddis al-Faqih al-Usuli az-Zahid. Dinisbahkan namanya kepada ‘Baihaq’ iaitu satu perkampungan Khusraugird di hujung Naisabur, Khurasan tamadun Parsi lama.
beliau adalah ulama' yang menyumbangkan hidupnya untuk berkhidmah kepada ilmu, menyusun beberapa kitab dan faidah-faidah yang bermanfaat dan sering mengadakan sebuah penelitian dan beliau juga di kenal dengan ulama' yang wara' dan zuhud selalu menerima perkara yang  sedikit.

Imam Baihaqi menyusun kitab ini berdasar sebuah hadits  riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Zuhair bin Harb, diceritakan kepada kami oleh Jarir, daripada Suhail, daripada Abdullah bin Dinar, daripada Abi Soleh, daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Iman terpecah kepada beberapa dan tujuh puluh – atau beberapa dan enam puluh cabang. (cabang) yang terbaik ialah ucapan Tiada Tuhan Melainkan Allah, (cabang) yang paling rendah ialah menyingkirkan sesuatu yang menyakiti (orang ramai) di atas jalan, dan malu adalah satu cabang daripada iman.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari: Bilangan 35)
kitab        :al-Jami` Li Syu`abul Iman
penyusun : Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa al-Baihaqi an-Naisaburi al-
                  Khusraujirdi

download
1  2

0 komentar:

Post a Comment